Wednesday 28 December 2011

Personality


       Waaaa... da lama aku tak update blog, tapi tak la lama sangat macam aku tengah cari idea nak buat skrip filem pendek ni. Bukannya aku tak nak update hari hari, tapi aku ada seribu satu alasan sebab tak update blog ni hari hari. Daripada aku bagi alasan baik aku update blog ni, ada juga penambahan dan perisian kat blog aku yang tak meriah macam sukan tahunan kat sekolah rendah aku dulu yang hampir semua acara aku dipertandingkan tanpa ada bakat sekaligus selalunya aku tewas dengan kawan aku yang selalu makan telur ayam separuh masak pagi pagi. Tapi tak kisahlah, tu zaman hitam putih, zaman tu kereta persona pon tak de lagi kat dunia. kalau ada masa tu, mesti aku selalu pusing pusing kampung dengan abang aku masa tu. walaupun hakikat cerita sebenar dia tak bawak jalan jalan, tapi dengan kreativitinya, dia dah buat senapang kayu kat aku yang sekarang dah dimakan usia dan aku sendiri pon tak tau kat mana. Walaupun aku ade senapang kayu, langsung tak menampilkan kelakian aku setelah aku terlibat dalam kemalangan ngeri di hadapan umah aku  sendiri yang puncanya aku merempuh motosikal, sebabnya dia kacau aku baru belajar naik basikal dan akhirnya berjahit la muka aku. Kalau tak caye, kesan parutnya masih jelas dimuka aku, tapi parut tu tak la sampai aku nak jadi watak gangster filem melayu yang hampir semua watak gangster melayu ada parut kat muka, dan parut tu tak terlepas untuk aku kena bayar tiga puluh sen jugak kalau nak kencing kat tandas awam. yang penting, ALHAMDULILLAH aku masih bernafas sehingga sekarang. tapi, bukanlah dunia yang kucari, tapi yang kucari didunia ini adalah keredhaan ALLAH untuk meredhai hambanya ini yang masih selalu lari dari landasan yang dah ditetapkan. ya ALLAH, janganlah kau ambil nyawaku bilamana aku masih lalai untuk mengabdikan diri kepadamu, ya ALLAH, pilihlah aku untuk tergolong bersama orang orang yang kau redhai... AMEEN...

"ya ALLAh, ampunilah aku bila aku tak sempurna"

Saturday 17 December 2011

MISSION

  Menjiwai, itulah yang boleh digambarkan dengan gambar diatas. Dia adalah orang biasa yang mempunyai kelebihan seperti orang lain yang mempunyai kelebihan yang lain. Apa yang menarik, dia menggesek biola di tempat dimana ramainya pelancong yang datang dari luar dan dalam negara iaitu di salah satu tempat yang bersejarah di bandaraya bersejarah Melaka. Mana mungkin aku akan buat seperti yang dia buat, menggesek biola tanpa menghiraukan orang lain. Dari sudut positif, tiada istilah 'buang tabiat' untuk dilemparkan kepada dia yang sering menggesek biola bermodalkan alunan lagu rasa sayang hey yang aku tak berapa pasti siapa penyanyi asal dia. siapa penyanyi asal lagu tu bukanlah tujuan utama untuk aku mengupdate blog pagi pagi buta yang seharusnya aku tidur dan dibuai mimpi mimpi indah yang selalunya tidaklah sampai mengghairahkan. Tetapi tujuan utama penulisan blog kali ini adalah untuk aku menceritakan tentang seorang tua yang menjalani tugas seharian  sebagai penggesek biola yang berbekalkan memory lama yang masih tersimpan rapi didalam fikirannya.Oleh yang demikian, Tanpa mendengar cerita penduduk tempatan sekalipon, aku yakin yang pemegang watak utama gambar diatas bukanlah niat dia menggesek biola untuk menjual bakat lalu meraih wang wang syiling atau wang wang kertas pelancong pelancong yang tertarik dengan gesekkan biola darinya. dan aku yakin die berasal dari keluarga yang senang dan bermain hanyalah atas tujuan untuk memperkenal dan menyambungkan seni indusri muzik nenek moyang mereka kepada pelancong pelancong luar. situasi dia ni hampir hampir boleh di ibaratkan 'seperti anak raja yang memilih jalan sukar'. mmm, xpela.. mata dah semakin mengantuk, wajarlah aku berhenti menulis dan memulakan pengembaraan baru dalam waktu tidur aku. ASSALAMUALAIKUM.

"sama ada kita pemuzik atau pendengar, kita tetap menghayati"

Friday 16 December 2011

ADAPTASI

   Hari ni aku masih tidur lewat, susah nak tidur awal, macam macam yang yang difikirkan, tapi tak la sampai terfikir nak buat pil perancang tidur,sebab walaupun aku tidur lewat, aku masih cukup waktu untuk tidur. semuanya atas alasan aku bangun lewat, aku bangun lewat pon kena ada alasan untuk bagi mak aku, antara alasan aku yang tak berapa kukuh dan tak boleh langsung untuk dibawa berbincang ialah aku cakap jam dalam bilik aku lambat tiga jam. dengan alasan tu jugak lah aku kena baling ngan penyapu. tapi takpelah, tu dulu, masa aku tidur mimpi kawin dua. masa mas kahwin murah lagi. tapi sekarang dah lain, nak kencing pun kena bayar. ha, dengan ayat tu la aku tak berjaya nak mintak murah beli baju selepas sesi tawar menawar. Dengan keadaan macam tu la aku semakin mendalami dengan maksud yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin. walaubagaimanapun, kejadian tu tak dapat menghalang untuk aku terus berfikiran positif, bersabar dan terus bersabar. Kesimpulannya, ianya sangat menyeronokkan setelah memahami. ok lah... aku rasa sekian sampai sini je untuk yang kali ni, kalau aku tulis panjang panjang pon rase macam tak adil je dengan tajuk aku bahagian ni yang hakikatnya masih memerlukan lagi penghuraian... ok, cau ah dulu...

"terdidik diriku, terdidik generasiku"

Thursday 15 December 2011

STUDIYOUS PHOTOG

  Hari ni hari jumaat, yang laki diwajibkan pergi sembahyang jumaat, yang perempuan kena duduk rumah je, takut kena culik, nanti takleh nak main facebook dah. ha, tajuk aku kali ni lain macam sikit bunyi dia sebab dalam kamus dewan bahasa dan pustaka jilid terbaru pon takde perkataan ni, kalau ada pon yang hampir sama, tapi langsung tak da kena mengena, jadi terpulang atas peribadi korang la nak menilai apa maksud dia, nak cakap ni kata kerja ke, ni kata ganti nama ke, yang pasti ni bukan perkataan yang boleh buat kata ganda kalau ada banyak, tapi kalau nak cakap camtu jugak, aku tak nak kisah sangat dengan orang yang suka makan makanan yang banyak bahan pengawet ni, sebab kalau layan jugak nanti dengan aku aku pakai jam kat kaki, walaupun tu dah jadi trend barat, tapi diorang tak kisahlah diorang banyak duit, pagi pagi dah makan kfc, mmm yang tu aku taknak masuk campur, nanti cakap aku jaga tepi kain orang, padahal  diorang dah banyak pakai skirt.. ok lah.. aku nak wat kerja rumah dulu, bukan buat rumah, sebab aku takde bakat buat rumah, kalau aku buat jugak, aku dah tipu diri sendiri. kalau aku tipu diri sendiri aku dah kira tak sayang diri sendiri, kalau aku tak sayang diri sendiri macamane nak cinta diri sendiri, walaupun aku cinta diri sendiri takla sampai aku nak kawin dengan diri sendiri. agak agak la.. aku nak kawen ngan perempuan la, perempuan ni kan NICE!!! ok la.. bubbyezz  ('',)

"perkataan sepak mempunyai dua perbuatan yang sama sakit"

Wednesday 14 December 2011

NO DIRECTION

   Alamak, hari ni aku bangun lewat yang selalunya memang lewat macam hari hari sebelum ni. tapi hari in lain, sebab ada anak anak sedara aku yang balik dan selalunya suka kacau aku tidur, mungkin tu antara punca aku mimpi berperang tadi.. tapi apa kena mengena dengan taik bintang yang aku nampak semalam. hanya ALLAH SWT lebih mengetahui. mmm, hari ni hari khamis, takkan esok hari sabtu, tak logik, tapi kalau ada yang cakap esok sabtu, mesti dia mengira dari nombor kosong, kalau bahasa cikgu matematik aku masa darjah 5 iaitu sifar. dan selalunya aku kena marah kalau sebut kosong, tapi tak lah sampai aku nak ponteng kelas dalam perpustakaan pastu baca buku 'Robin Hood' yang satu satunya komik yang aku selalu sorok bawah rak dalam perpustakaan. sungguhpon aku minat komik tu, aku taklah percaya sangat yang hero dia selalu tepat kalau memanah, tak macam aku lastik burung menggunakan lastik yang aku selalu sangkut kat leher masa kecik kecik dulu, dan hampir semua burung mati kalau aku lastik, sebab aku selalu guna batu yang hampir besar dengan size burung... takpe lah, masa dah mencemburui aku, sebab aku ada kerja lain, bukan sebab aku main kayu tiga ngan masa, lagipun aku ni jenis lelaki yang setia dengan satu satu benda, mana mungkin aku boleh senang senang buat macam tu.. ok lah... nanti aku update lagi... 

"kalau baru kahwin, jangan minum air sejuk"
 
     Aduiii, tak de idea la nak cerita apa, sebab sekarang ni aku dah mengantuk. tapi taklah mengantuk sangat macam dulu dulu kalau duduk dalam kelas waktu tengahari sebab belajar sejarah, bukannya aku tak minat matapelajaran sejarah, tapi sejarah ni takde formula, aku boleh baca kat umah je walaupun kat umah aku selalu menghabiskan masa dalam bilik belajar gitar yang langsung tak membantu aku boleh jadi pemain gitar band band funfair yang hampir semua tu 'barang gelap' dalam industri muzik. Dan antara sebab lain, mak aku tak menggalakkan langsung untuk aku menceburi bidang muzik,walaupun macam tu, mak aku tak lah marah kalau kadang kadang aku ternyanyi lagu hindustan sambil turun tangga nak pergi dapur makan nasi. tapi tu bukanlah sebab utama aku nak lari dari baca buku, tapi sebab aku ni suka menulis dari baca buku walaupun tulisan aku ni tak cantik macam bunga warna pink yang mak aku tanam depan rumah, membuatkan aku terfikir nak menulis diari yang orang lain tak boleh baca termasuk aku sendiri kalau aku jadi orang lain, yang tu aku tak risau pon, sebab aku tetap aku, tak pernah terfikir nak jadi orang lain antara buktinya aku suka kawan dengan diri sendiri dan hasilnya aku lebih mengenali diri sendiri dari orang lain mengenali aku. contohnya: jika umur aku dua puluh satu tahun, orang lain juga memerlukan dua puluh satu tahun untuk mengenali aku, begitu jugak kalau aku nak mengenali orang... moral kt sini. jadilah diri sendiri kerana itu lebih mudah untuk jadi orang lain..yang penting jangan melampaui batasan... mmm..cam biasa la... nanti jumpa lagi.. cow lu..aku maaaaaau tidurrrrrrr

"belajarlah dari kecil, iaitu sejak anda mula mampu berfikir"

Tuesday 13 December 2011

MEREKA

    Empat orang ni antara peminat fanatik bola sepak malaysia yang hampir semua pemain malaysia tak kenal diorang.. ha, tu semua kawan aku, aku takde dalam gamba tu, sebab masa diorang bergambar ni aku tengah tangkap gambar diorang yang tengah suka aku ambil gambar diorang. biasa la tu, korang jangan guna peribahasa 'bagai kera dapat bunga' plak kat diorang ni. kang tak pasal pasal berdarah. walaupun diorang ni bukan gangster macam mexican mafia, tapi diorang kuat, kalau pergi raya mana mana, mesti habis kuih raya. tapi korang janganlah risau, sebab diorang ni semua baik baik, tak percaya tanya lah diorang, ade tak diorang merokok depan awek diorang... ha, cuba korang teka, dalam empat empat orang ni, sapa dia suka ambik ayam terbiar? haha, takde takde, semua bukan jenis macam tu sebab diorang semua ni ada cita cita yang tinggi walaupon angkara diorang ni la ayam terbiar kat kampung takut dengan bayang bayang sendiri..mmm.. ok lah.. gud luck kawan..  arghhhh, ngantoknya... bla bla bla...nanti jumpa lagi...

"kejayaan adalah untuk mereka yang tidak mahu kegagalan"

DOZE

    Hari ini aku nak cerita pasal ape korang tak yah tau lagi la.. sebab selalunya jalan penceritaan aku tak menekankan pada satu bab sahaja... uik? aku cakap sahaja? hahah... takde ape la.. lama tak cakap sahaja masa mandi. ah.. abaikan la. mmm. malam ni kat kampung aku hujan, tergendala la pergi umah kawan aku yang jarak perjalanan rumah aku pergi rumah dia ada dua simpang, tak la jauh sangat macam rumah dia pergi rumah aku je. aku nak pergi rumah dia pon atas sebab urusan kerja. Ha, dia ni bos aku, pastu aku pon bos dia jugak, kira share partners la. Tapi kalau berhenti hujan ni sekejap lagi, boleh la aku jadi tetamu dia, sebab aku kena tunaikan janji dia nak belanja aku makan nasi lemak yang selalunya kalau aku makan, aku selalu kena serang dengan perasaan nak tidur. tapi apalah sangat bagi aku kalau sekadar ngantuk ni. tidak seperti kawan aku yang sorang ni, kalau dia takda mata pon , mesti dia tidur jugak. yang tu aku tak pasti la, tapi kalau buat kira kira mesti waktu tidur dia dah lebih sebelas tahun, sebab umur dia dua puluh dua tahun. dia punya falsafah hidup yang dia tulis kat bawah kenangan manis dalam biodata dia pon 'hidup untuk tidur'. tapi terpulanglah, biarlah dia tidur kalau bangun pun buat orang lain tertidur tengok muka dia, naya kat kawan kawan la macam tu. Mmm, malam dah bertukar pagi, tapi hari masih gelap, sebab jam baru pukul satu pagi,. kalau waktu aku kecik kecik, sekarang ni mesti tengah mimpi jadi ultraman. ha, hujan pon dah berhenti, macam yang dijanjikan walaupun tiada surat hitam putih dalam perjanjian ni, janji tetap janji, kawan aku pulak dah call, tapi aku risau tertidur je kat rumah dia, tapi taklah serisau masa aku tunggu result SPM dulu. aku risau sebab aku tertidur masa jawab subject math, sebab malam exam aku study sampai pukul lima pagi. dah la, bosan dah nak cerita. cau...

"tidak pernah terlepas untuk kita bercerita perkara perkara yang lepas"
   

Monday 12 December 2011

INSPIRASI

   Waktu sekarang nyaris pukul dua belas tengahari, aku masih di dalam bilik, tidak seperti berbelas tahun lepas kalau waktu ni aku baru nak pergi sauk ikan bersama kawan kawan walaupun aku dah tau, aku mesti kena rotan oleh mak aku, tapi masa tu aku degil, bukan budak manja yang suka minum air guna cawan ada gambar hello kitty. walaupun aku suka minum air guna cawan gambar batman masa tu, langsung tak membuat aku rasa boleh tolong orang sebab selalu ada kes kecurian kat kampung aku. sungguhpun begitu, aku berjaya tolong makcik makcik jiran aku yang selalu mintak tolong belikan sekadar bahan bahan masakan mereka yang selalunya diiringi upah. jadi tak perlulah aku pergi kedai berpakaian macam keluangman kerana aku ambil upah, sebab keluangman tak ambil upah kalau tolong orang. Dengan sebab terikut ikut watak keluangman tulah aku selalu lepak atas bumbung rumah aku sorang sorang sebab nak dengar kalau kalau ada orang menjerit mintak tolong, tapi selalunya yang kedengaran hanyalah lagu lagu nirvana nyanyian kurt cobain yang dipasang oleh abang aku sehingga out volume. Secara tak langsung membuat aku benci lagu tu sehingga sekarang. mmm...... ,Ambe aser nok mandi lu arh, kekgi busuk pulok badang ambe ni, malu boh dok mandi agi, api dakpe aa, ambe stay wangngi ag lau dok mandi pong, dok nawwok arh, siyes ni... bereh ar deh. mitok dirri lu arh.

"tatkala perut lapar, masa berlalunya masa"

FREEDOM

   Bosan... hahaha... selalu orang cakap bosan masa dia betul betul bosan, sebab perasaan bosan ni tak berbelah bahagi macam perasaan orang lelaki yang ada tahi lalat bawah mata lepas tu terpaksa pilih seorang je wanita daripada dua orang yang dia cintai. Tapi tu bukan aku, sebab aku suka main bola. takde alasan untuk aku pilih wanita, macam cikgu Azmi selalu cakap tak de alasan kat aku kalau aku tak siap kerja sekolah. begitu jugak dengan stress, dia akan cakap dia stress kalau dia betul betul stress, abis kuat pun dia cakap "mmm,takde apa apa la" tu pon selepas dia cerita dia stress. pulak? aku kadang kadang semakin tak faham apa yang dia cuba sampaikan. sekejap stress, sekejap tidak,. tapi dengan kreativiti yang selalu ada tak de dalam kotak fikiran aku ni, aku perlu berprasangka baik, mungkin sebab dia cuba nak hilangkan apa yang buat dia stress, tapi aku percaya bukan sebab gaduh dengan awek dia yang stress sebab tengah datang bulan. eh! yang tu aku tak pasti, tapi yang pasti awek dia bukan minah rempit yang aku jumpa naik motor kriss pakai ekzos kuat kat jerantut petang tadi masa aku teman kawan aku  buat kad bank atas alasan susah keluar duit melalui buku. mmm tapi tak kesah la tu. semua orang ada masalah, begitu jugak dengan aku, stress masa kecik kecik dulu sebab tertelan biji jambu batu, takut takut kalau tumbuh dalam perut, aku tak rasa yang korang semua lepas dengan masalah tu. tapi jangan risau, aku tak suruh korang mengaku, kalau korang nak mengaku pun korang kena mengaku yang waktu kecik kecik korang, korang takut kalau puasa dah sebulan lepas tu tak jadi raya. tapi korang tak kot, sebab mungkin korang dah boleh berfikir mana baik mana buruk seawal umur dua hari kan. kalau korang macam tu pon, aku tak pelik macam aku pelik tengok perempuan ronda ramai ramai naik moto pusing kampung petang tadi, tapi tu aku tak kisahlah sebab diorang pakai tudung, walaupun pemakaian tudung tu masih tak ikut syariat yang betul, sekurang kurangnya dah menuju jalan hidayah. yang penting istiqamah macam kena makan nasi dengan minum air. seronok sikit mata orang lain tengok walaupon tak seronok macam aku tengok pemuda yang semakin ramai sembahyang kat masjid kampung aku ni... mmm, mata dah ngantok la... sedapnya rasa makan megi, kalau ada masa aku update lagi.. Assalamualaikum.

"Format ur mind, refresh ur brain and upgrade urself "

Saturday 10 December 2011

DAN MUNGKIN BILA NANTI

   Hari ini, letih bagiku selepas aku tangkap gambar  tengah panas, cuaca panas yang hampir sama masa aku masih dibangku sekolah rendah, masa cikgu praktikal selalu menggunakan pendekatan jemur murid kat tengah panas sebab tak siap keje sekolah yang majoritinya pelajar kelas khas. tapi masa aku tulis
blog ni, aku didalam persekitaran yang sejuk, iaitu suhu takat beku nyamuk nyamuk yang tak lagi kelihatan selepas mak aku pasang ubat nyamuk elektronik dalam rumah. namun begitu, masih ade kesan kesan mistik gigitan nyamuk kt pergelangan tangan dan kaki aku selepas aku bangun tidur dalam pukul 12tengahari. ditambah pula dengan hujan diluar rumah aku menjadikan aku benar benar sejuk untuk tidak melajukan pusingan kipas buatan china yang ada remote control yang kadang kadang tak leh berfungsi akibat kehabisan batery, ini tak terlepas dari rasa marah aku kat tokey kilang batery yang entah bape kali pegi melancong pakai duit aku.dan yang pasti dia bawak anak bini dia. tetapi rasa marah dan bercampur baur letih ni tak cukup untuk aku boleh tertidur mase aku tulis blog ni. dan mungkin kesan aku tidur lewat ni antara punca aku selalu lupa beli barang barang yang mak aku kirim suruh beli, secara tak langsung telah membuat mak aku bosan menunggu untuk kali kedua dan mempunyai risiko menunggu untuk kali ketiga..walaubagaimanapun, faktor sebegini belum mampu untuk aku membuat keputusan lari dari rumah. sebagaimana yang dilakukan oleh remaja remaja lain, terutama malam minggu. tapi yang pasti, malam ni tak jauh gelapnya seperti malam malam semalam.. tetapi hari tetap jauh untuk sampai ke hari semalam. akhir sekali, aku nak tido dah dengan alasan tak nak lupa beli barang yang mak aku kirim.

"manusia kadang kadang menipu untuk mampu melakukan"


Friday 9 December 2011

LAMAN WEB MUKABUKU

definisi atau maksud lain mukabuka  ialah facebook,  ia lebih dikenali dengan laman atau tempat bersosial dalam bahasa kampung aku yang semuanya boleh berbahasa melayu baku dengan lancar, walaupon ada yang telah mempelajari pelbagai bahasa atas alasan untuk membeli belah. sehinggakan ade peniaga peniaga kecil yang tak selesa dengan situasi tu, mereka hanya mampu merungut kecil. tapi aku tak kisahlah, sebab sedikitpun tidak menghalang untuk aku meneruskan 'mengupdate' blog pada pagi ini walaupon kadang kadang fikiran aku melayang kat kenduri sebab aku kena tangkap gambar pengantin lepas ni, tapi aku ni jenis tak termakan dengan bayang bayang sendiri. semua ni pon atas dasar pengalaman yang telah aku lalui, tak semudah jalan yang korang fikirkan untuk postkan ape ape cerita kat wall facebook. lagipon aku bukan yang jenis suka tulis kat wall tentang peribadi aku, sebab aku bukanlah seorang anak seni yang suka cari publisiti murahan tanpa menggunakan alat muzik walaupon memang aku tak pernah menabur harapan untuk melayan budak budak busk-ing yang selesa untuk terlalu umum. tidak bagi aku! tidak sama sekali!. aku punyai facebook pon sebab termakan kata kata manis anak sedara aku yang memberi alasan bosan tengok asyik aku je yang tengok tv, sehingga ulangan perlawanan bola yang aku dah tengok entah berapa kali tiba-tiba bertukar kepada siaran catdog, yang satu satunya kartun tak masuk akal pernah aku tengok, sungguhpon dengan kutukan begitu, itu tak dapat menahan untuk aku bersifat macho dihadapan anak sedara aku kerana aku dikenali dengan sifat periang sebab selalu bawak balik tora atau ding dang untuk dia, itu telah memakan diriku kerana dengan sifat penyayang aku membuatkan anak sedara aku menjadi penonton tv yang tegar, dan terdetiklah untuk aku memiliki facebook, satu satunya laman sesawang yang sangat berbahaya untuk gadis gadis yang memiliki dara.bahkan sesiapa juga berisiko untuk menjadi mangsanya apabila aku terlihat gambar gambar mereka yang didedahkan aurat membuat aku rasa naluri seorang lelaki, tetapi tu tak membuat aku terlanjur dengan diri sendiri setelah berjaya mengawal nafsu dengan menutup muka dengan bantal lama lama. tapi ni cerita lame, cerita masa aku baru balik PLKN,mase fikiran aku takot dengan hantu galah. walaupon kadang kadang membuat aku teringat dengan seorang gadis yang duduk dekat karak apabila ade yg menyebut wanita & plkn. oppss.. matahari semakin meninggi, aku kena bersiap nak pegi kenduri. , hahaha... gelak kosong selalu membawa erti yang lain kalau aku mempraktikkan dalam kehidupan seharian yang penuh kerenah kawan kawan yang selalu bawa masalah dengan pengaruh filem dongeng.

"kalau takde kredit, gunalah public phone"

BERSELINDUNG DI SEBALIK WAJAH SLUMBER

      Sehingga jam ini, blog aku masih kosong dengan hiasan yang serba sedikit mampu membuat blog aku nampak lebih ceria  dari sahabat sahabat aku yang suka menghabiskan mase dengan kartun animasi jepun, salah satu antara watak kartun yang menjadi bualan kosong mereka didepan makanan adalah luffy iaitu salah satu watak dalam kartun "one piece". dan ade diantara mereka akan berulang ulang akan menceritakan perkara yang sama, itu membuat aku habis cara untuk mematahkan semangat mereka yang kental ibarat "pengembara tanpa selipar, berbekalkan lampu suluh cap kepala harimau". sungguhpon begitu langsung tak datangkan semangat untuk aku cuba meminati kartun animasi jepun yang mencapai ratusan episod itu. mmm... wuyo! jam handset aku dah menunjukkan pukul 3:32am, aku perlu tidur dalam keadaan terpaksa, sebab aku belum mengantuk lagi, tidak seperti zaman kecik kecik dahulu, kerna dulu aku akan didedahkan dengan cerita seram oleh mak aku kalau aku cuba cuba tidur lewat sebab layan abang aku tengok cerita P. ramlee yang selalu menang kalau lawan dengan orang jahat... tapi sekarang zaman dah berubah, usahawan mancis pon dah kurang, erti kata lain, kalau abang aku balik, aku akan tidor depan tv sebab nak teman abang aku yang takut tengok bola sorang sorang tengah malam walaupon die ni seorang yang panas baran. Walaupun sifat panas baran die langsung tak menjadikan die berani, aku akan menilai sifatnya terhadap keadaan persekitaran.

"tidur yang lena membuat anda berhenti berfikir dan mimpi yang seram membuat anda berhenti tidur"

Thursday 8 December 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera…..
Untuk jadi sekadar penulis blog yang tak formal sangat lah senang, korang tak perlu tanam cita cita seperti cita cita orang lain yang inginkan kerjaya sebagai seorang artis, korang tak perlu menangis dalam buaian mengharapkan belas kasihan ibu bapa korang yang sedang hangat bercinta dan sesiapa sahaja boleh jadi blogger walaupon anda dilabelkan seorang  pencuri disebabkan terbawak balik buku mastika kat sekolah yang ade cop perpustakaan. Yang penting ada blog, tetapi bukan senang nak daftar blog bagi perawan seperti aku ni, sebab aku bukanlah AJK kedai buku sekolah mase darjah enam dahulu disebabkan aku bukanlah seorang pengawas. Blog aku ni pon orang lain yang tolong registerkan iaitu seorang anak dara sunti kt kampung aku yang aku percaya yang dia takkan terkena kejutan budaya seperti anak anak gadis lain. Ini sekadar harapan aku yang tak setinggi harapan mak aku yang inginkan kejayaan daripada aku seperti adik beradik yang lain. Walaupun penulisan blog ini sedikit pon langsung tidak memberi kesan untuk menbanggakan mak aku, aku tetap berpegang kepada pesanan arwah ayahku supaya menjadi anak yang soleh, kerana walau setinggi manapun aku berjaya, tanpa restu mereka siapalah aku. Sungguhpun aku ni selalu lalai dengan kenikmatan dunia yang sebenarnya tiada apa apa, aku ingin terus cuba menjadi yang terbaik di sisi ALLAH SWT. Itu juga yang kuharapkan kepada orang lain... Berbalik kepada tadi, ini adalah pengenalan untuk blog aku dan inilah blog pertama yang aku pernah tulis seperti juga blog yang pertama anda pernah tulis sebelum ni, sebab aku tak pernah ade sejarah menulis blog sebelum ni. tetapi sekarang aku dah ade pengalaman menulis blog. dengan pengalamn terciptalah sejarah.
Pengalaman adalah guru yang bijak."