Wednesday 29 February 2012

REACTION

   Assalamualaikum... sebelum anda teruskan membaca, jawab la salam dahulu.. huhuhu.. lama tak update blog, alasan muktamad aku sebab lama tak tulis blog adalah kerana malas. ha, sebelum aku mula bercerita. lihatlah gambar diatas, tiada apa apa yang menarik bagi korang, tapi telah mengingatkan aku tentang seorang sahabat yang pernah menghabiskan usianya bersama aku seketika waktu, tu pon sudah cukup untuk aku tersenyum sejenak apabila merinduinya yang jauh dipisahkan dengan kesibukan masa dan jarak perjalanan, mungkin mengambil masa sepurnama jika berjalan kaki. sebenarnya ingin aku cerita sedikit latar belakangnya, dia bukanlah seorang wartawan tabloid, bukan juga kaki facebook, malah jauh sekali kalau seorang pramugara... tapi dia ada bakat semulajadi kalau nak jadi tukang karut dikir barat melayu yang berbahasa romantik. aku tak nafikan kalau dia minum air sirap tak letak gula pon takpe sebab dia adalah seorang insan yang mempunyai mulut manis, jauh lebih manis dari seorang penyair kata kata puitis dari negara matahari naik. mungkin juga kalau diberi sedikit masa dia mampu jadi tokoh yang berpengaruh untuk mereka yang gemarkan hiburan kerana dia selalu  menghabiskan masa dalam bidang muzik lembut. tapi apa yang membanggakan, walaupon wataknya seperti jack sparrow dalam filem pirates of caribbean. namun dihatinya penuh dengan bunga bunga seroja yang selalu menghangatkan cinta yang datang ketika bermusim. namun bagi aku, dia langsung tak menjanjikan kebahagian untuk aku yang juga sedang dilamun cinta dengan seorang gadis licik yang degil, aku juga tak nafikan yang cinta kadang kadang sedikit mengecewakan tapi jauh sekali untuk aku berputus asa untuk itu sebab maha suci Allah jadikan setiap sesuatu berpasang pasangan. maha agung sungguh setiap sesuatu yang rapi perancangannya, kita hanyalah hamba dan dia adalah maha pencipta, tiada yang mampu menciptakan kita selain dari dia. kita tak mampu mencipta apa apa walaupun seekor nyamuk yang kecil. oleh itu, aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah... knp Rasulullah? kerana Rasulullah la insan yang paling mulia yang diutuskan oleh Allah untuk sekalian alam, kerana pada diri Rasulullah itu ada suri teladan yang baik untuk dicontohi. segala puji dan syukur hanya layak kepada Allah... ya Allah, ampunilah aku yang terkadang menjadi manusia yang melampaui batas... okeh cukuplah setakat ini yang kali ini.. assalamualaikum... (ha, pesanan umum.. jangan tiru aksi diatas, aksi diatas telah diakhiri dengan kemalangan kecil yang tidak mengalami kecederaan teruk)...

"hidup mesti ada jiwa"

Friday 6 January 2012

INFERENS

   Hari ni dah hari jumaat untuk minggu yang pertama untuk tahun ini. bermakna, dah enam hari kita lalui tahun 2012 ni. dan dah dua belas tahun zaman alaf baru atau y2k dilancarkan. negara kita pon semakin maju sehingga susah nak tengok bibir wanita bergincu merah pekat dizaman sekarang ni sebab masing masing dah dibawa arus kemodenan. namun begitu, walaupun kemajuan negara malaysia dah semakin bersaing bersama negara negara membangun yang lain, masih ada segelintir perokok tegar yang suka buat gelas minuman sebagai tempat abu rokok apabila bersendirian didalam bilik. nampak jijik, tetapi hakikat yang sebenar jauh lebih elok dari melakukan zina antara lelaki dan perempuan dan hubungan sejenis dan semuanya selalu terjalin atas tuntutan hawa nafsu kotor. lagi lagi zaman sekarang yang mana kebanyakan anak anak muda sekarang lebih mudah dijajah akal pemikirannya dan semakin seronok hidup mengamalkan tatacara hidup yahudi seperti berjudi dan banyak lagi yang lain lain. sehingga yahudi merasa puas hati jika ada dikalangan selain mereka khususnya orang orang islam tergelincir daripada kebenaran islam, inilah kejayaan yang besar buat mereka kerana agenda utama mereka untuk memesongkan akidah umat islam. dan demikian, kembalilah ke pangkal jalan, lebih tepat dengan hadis nabi iaitu Rasulullah saw pernah bersabda "barangsiapa yang meniru niru sesuatu kaum maka ia termasuk golongan kaum itu".mmm... .tetapi  lain pulak ragam untuk kawan aku yang sorang ni, sebab dia pandai cakap hello dalam bahasa korea iaitu annyong haseyo .walaupun kadang kadang aku meluat kalau dia selalu sebut camtu, tetapi terpaksa la aku terima dengan hati gelap yang terbuka atas kerana beberapa sebab persahabatan yang terjalin sekian lama. OK.. sampai sini untuk kali ini, tulis panjang panjang korang bosan pulak... lai lai lai... ASSALAMUALAIKUM...

"Seseorang Yang Melakukan Kesalahan Dan Tidak Membetulkannya Telah Menambahkan Satu Kesalahan Lagi."

Wednesday 4 January 2012

NEW YEAR


        Selamat tahun baru semua... Kalau tahun baru ni selalunya orang akan bercerita tentang azam baru, tapi bukan niat aku nak menceritakan pasal azam ni, sebab azam ni hanya ada kat dalam niat hati yang kuat yang mane pemegang azam ni perlulah bertekad untuk melaksanakan apa yang ingin dilaksanakan sehingga 
terlaksana apa yang diazamkan. Azam aku tahun ni banyak, sebab aku dah bertahun tak tanam azam ni... yang tu takyahlah aku ceritakan.. nanti jadi panjang cerita pulak, aku bukan reti sangat nak cerita panjang walaupun aku ni jenis lelaki yang ada tahi lalat kat bibir yang aku sorang je nampak. kalau korang tak percaya pon tak kisah, aku tak suruh korang percaya, tapi bersangka baik la sempena tahun baru ni, ada jugak faedah dia dari buat parti parti liar sebab terikut ikutkan adat resam barat yang kebanyakan mereka suka pakai baju yang sepatutnya pakai dalam bilik, diorang pakai kat luar rumah. tapi biarlah diorang, tok nenek diorang makan coklat cadburry. takkan kita yang makan tapai pulut nak tiru diorang wat benda tak berfaedah macamtu. kita kena ada standart, kurang kurang pon tinggal perangai buruk tiup lilin atas kek. kan agama islam tak ajar perkara kotor tu.. tapi terpulanglah, yang penting baca doa sebelum mulakan sesuatu, semoga diberkati apa yang diberi...pengajaran cerita, gamba diatas takde kena mengena dengan cerita.. hidup ibarat roda, sekejap kita diatas, sekejap kita dibawah.. fikirlah dan terus berfikir... mmm okk... xde ape dah... lai lai...  

"hukum jauh lebih baik dari adat"

Wednesday 28 December 2011

Personality


       Waaaa... da lama aku tak update blog, tapi tak la lama sangat macam aku tengah cari idea nak buat skrip filem pendek ni. Bukannya aku tak nak update hari hari, tapi aku ada seribu satu alasan sebab tak update blog ni hari hari. Daripada aku bagi alasan baik aku update blog ni, ada juga penambahan dan perisian kat blog aku yang tak meriah macam sukan tahunan kat sekolah rendah aku dulu yang hampir semua acara aku dipertandingkan tanpa ada bakat sekaligus selalunya aku tewas dengan kawan aku yang selalu makan telur ayam separuh masak pagi pagi. Tapi tak kisahlah, tu zaman hitam putih, zaman tu kereta persona pon tak de lagi kat dunia. kalau ada masa tu, mesti aku selalu pusing pusing kampung dengan abang aku masa tu. walaupun hakikat cerita sebenar dia tak bawak jalan jalan, tapi dengan kreativitinya, dia dah buat senapang kayu kat aku yang sekarang dah dimakan usia dan aku sendiri pon tak tau kat mana. Walaupun aku ade senapang kayu, langsung tak menampilkan kelakian aku setelah aku terlibat dalam kemalangan ngeri di hadapan umah aku  sendiri yang puncanya aku merempuh motosikal, sebabnya dia kacau aku baru belajar naik basikal dan akhirnya berjahit la muka aku. Kalau tak caye, kesan parutnya masih jelas dimuka aku, tapi parut tu tak la sampai aku nak jadi watak gangster filem melayu yang hampir semua watak gangster melayu ada parut kat muka, dan parut tu tak terlepas untuk aku kena bayar tiga puluh sen jugak kalau nak kencing kat tandas awam. yang penting, ALHAMDULILLAH aku masih bernafas sehingga sekarang. tapi, bukanlah dunia yang kucari, tapi yang kucari didunia ini adalah keredhaan ALLAH untuk meredhai hambanya ini yang masih selalu lari dari landasan yang dah ditetapkan. ya ALLAH, janganlah kau ambil nyawaku bilamana aku masih lalai untuk mengabdikan diri kepadamu, ya ALLAH, pilihlah aku untuk tergolong bersama orang orang yang kau redhai... AMEEN...

"ya ALLAh, ampunilah aku bila aku tak sempurna"

Saturday 17 December 2011

MISSION

  Menjiwai, itulah yang boleh digambarkan dengan gambar diatas. Dia adalah orang biasa yang mempunyai kelebihan seperti orang lain yang mempunyai kelebihan yang lain. Apa yang menarik, dia menggesek biola di tempat dimana ramainya pelancong yang datang dari luar dan dalam negara iaitu di salah satu tempat yang bersejarah di bandaraya bersejarah Melaka. Mana mungkin aku akan buat seperti yang dia buat, menggesek biola tanpa menghiraukan orang lain. Dari sudut positif, tiada istilah 'buang tabiat' untuk dilemparkan kepada dia yang sering menggesek biola bermodalkan alunan lagu rasa sayang hey yang aku tak berapa pasti siapa penyanyi asal dia. siapa penyanyi asal lagu tu bukanlah tujuan utama untuk aku mengupdate blog pagi pagi buta yang seharusnya aku tidur dan dibuai mimpi mimpi indah yang selalunya tidaklah sampai mengghairahkan. Tetapi tujuan utama penulisan blog kali ini adalah untuk aku menceritakan tentang seorang tua yang menjalani tugas seharian  sebagai penggesek biola yang berbekalkan memory lama yang masih tersimpan rapi didalam fikirannya.Oleh yang demikian, Tanpa mendengar cerita penduduk tempatan sekalipon, aku yakin yang pemegang watak utama gambar diatas bukanlah niat dia menggesek biola untuk menjual bakat lalu meraih wang wang syiling atau wang wang kertas pelancong pelancong yang tertarik dengan gesekkan biola darinya. dan aku yakin die berasal dari keluarga yang senang dan bermain hanyalah atas tujuan untuk memperkenal dan menyambungkan seni indusri muzik nenek moyang mereka kepada pelancong pelancong luar. situasi dia ni hampir hampir boleh di ibaratkan 'seperti anak raja yang memilih jalan sukar'. mmm, xpela.. mata dah semakin mengantuk, wajarlah aku berhenti menulis dan memulakan pengembaraan baru dalam waktu tidur aku. ASSALAMUALAIKUM.

"sama ada kita pemuzik atau pendengar, kita tetap menghayati"

Friday 16 December 2011

ADAPTASI

   Hari ni aku masih tidur lewat, susah nak tidur awal, macam macam yang yang difikirkan, tapi tak la sampai terfikir nak buat pil perancang tidur,sebab walaupun aku tidur lewat, aku masih cukup waktu untuk tidur. semuanya atas alasan aku bangun lewat, aku bangun lewat pon kena ada alasan untuk bagi mak aku, antara alasan aku yang tak berapa kukuh dan tak boleh langsung untuk dibawa berbincang ialah aku cakap jam dalam bilik aku lambat tiga jam. dengan alasan tu jugak lah aku kena baling ngan penyapu. tapi takpelah, tu dulu, masa aku tidur mimpi kawin dua. masa mas kahwin murah lagi. tapi sekarang dah lain, nak kencing pun kena bayar. ha, dengan ayat tu la aku tak berjaya nak mintak murah beli baju selepas sesi tawar menawar. Dengan keadaan macam tu la aku semakin mendalami dengan maksud yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin. walaubagaimanapun, kejadian tu tak dapat menghalang untuk aku terus berfikiran positif, bersabar dan terus bersabar. Kesimpulannya, ianya sangat menyeronokkan setelah memahami. ok lah... aku rasa sekian sampai sini je untuk yang kali ni, kalau aku tulis panjang panjang pon rase macam tak adil je dengan tajuk aku bahagian ni yang hakikatnya masih memerlukan lagi penghuraian... ok, cau ah dulu...

"terdidik diriku, terdidik generasiku"

Thursday 15 December 2011

STUDIYOUS PHOTOG

  Hari ni hari jumaat, yang laki diwajibkan pergi sembahyang jumaat, yang perempuan kena duduk rumah je, takut kena culik, nanti takleh nak main facebook dah. ha, tajuk aku kali ni lain macam sikit bunyi dia sebab dalam kamus dewan bahasa dan pustaka jilid terbaru pon takde perkataan ni, kalau ada pon yang hampir sama, tapi langsung tak da kena mengena, jadi terpulang atas peribadi korang la nak menilai apa maksud dia, nak cakap ni kata kerja ke, ni kata ganti nama ke, yang pasti ni bukan perkataan yang boleh buat kata ganda kalau ada banyak, tapi kalau nak cakap camtu jugak, aku tak nak kisah sangat dengan orang yang suka makan makanan yang banyak bahan pengawet ni, sebab kalau layan jugak nanti dengan aku aku pakai jam kat kaki, walaupun tu dah jadi trend barat, tapi diorang tak kisahlah diorang banyak duit, pagi pagi dah makan kfc, mmm yang tu aku taknak masuk campur, nanti cakap aku jaga tepi kain orang, padahal  diorang dah banyak pakai skirt.. ok lah.. aku nak wat kerja rumah dulu, bukan buat rumah, sebab aku takde bakat buat rumah, kalau aku buat jugak, aku dah tipu diri sendiri. kalau aku tipu diri sendiri aku dah kira tak sayang diri sendiri, kalau aku tak sayang diri sendiri macamane nak cinta diri sendiri, walaupun aku cinta diri sendiri takla sampai aku nak kawin dengan diri sendiri. agak agak la.. aku nak kawen ngan perempuan la, perempuan ni kan NICE!!! ok la.. bubbyezz  ('',)

"perkataan sepak mempunyai dua perbuatan yang sama sakit"