Wednesday, 29 February 2012

REACTION

   Assalamualaikum... sebelum anda teruskan membaca, jawab la salam dahulu.. huhuhu.. lama tak update blog, alasan muktamad aku sebab lama tak tulis blog adalah kerana malas. ha, sebelum aku mula bercerita. lihatlah gambar diatas, tiada apa apa yang menarik bagi korang, tapi telah mengingatkan aku tentang seorang sahabat yang pernah menghabiskan usianya bersama aku seketika waktu, tu pon sudah cukup untuk aku tersenyum sejenak apabila merinduinya yang jauh dipisahkan dengan kesibukan masa dan jarak perjalanan, mungkin mengambil masa sepurnama jika berjalan kaki. sebenarnya ingin aku cerita sedikit latar belakangnya, dia bukanlah seorang wartawan tabloid, bukan juga kaki facebook, malah jauh sekali kalau seorang pramugara... tapi dia ada bakat semulajadi kalau nak jadi tukang karut dikir barat melayu yang berbahasa romantik. aku tak nafikan kalau dia minum air sirap tak letak gula pon takpe sebab dia adalah seorang insan yang mempunyai mulut manis, jauh lebih manis dari seorang penyair kata kata puitis dari negara matahari naik. mungkin juga kalau diberi sedikit masa dia mampu jadi tokoh yang berpengaruh untuk mereka yang gemarkan hiburan kerana dia selalu  menghabiskan masa dalam bidang muzik lembut. tapi apa yang membanggakan, walaupon wataknya seperti jack sparrow dalam filem pirates of caribbean. namun dihatinya penuh dengan bunga bunga seroja yang selalu menghangatkan cinta yang datang ketika bermusim. namun bagi aku, dia langsung tak menjanjikan kebahagian untuk aku yang juga sedang dilamun cinta dengan seorang gadis licik yang degil, aku juga tak nafikan yang cinta kadang kadang sedikit mengecewakan tapi jauh sekali untuk aku berputus asa untuk itu sebab maha suci Allah jadikan setiap sesuatu berpasang pasangan. maha agung sungguh setiap sesuatu yang rapi perancangannya, kita hanyalah hamba dan dia adalah maha pencipta, tiada yang mampu menciptakan kita selain dari dia. kita tak mampu mencipta apa apa walaupun seekor nyamuk yang kecil. oleh itu, aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah... knp Rasulullah? kerana Rasulullah la insan yang paling mulia yang diutuskan oleh Allah untuk sekalian alam, kerana pada diri Rasulullah itu ada suri teladan yang baik untuk dicontohi. segala puji dan syukur hanya layak kepada Allah... ya Allah, ampunilah aku yang terkadang menjadi manusia yang melampaui batas... okeh cukuplah setakat ini yang kali ini.. assalamualaikum... (ha, pesanan umum.. jangan tiru aksi diatas, aksi diatas telah diakhiri dengan kemalangan kecil yang tidak mengalami kecederaan teruk)...

"hidup mesti ada jiwa"