Friday 6 January 2012

INFERENS

   Hari ni dah hari jumaat untuk minggu yang pertama untuk tahun ini. bermakna, dah enam hari kita lalui tahun 2012 ni. dan dah dua belas tahun zaman alaf baru atau y2k dilancarkan. negara kita pon semakin maju sehingga susah nak tengok bibir wanita bergincu merah pekat dizaman sekarang ni sebab masing masing dah dibawa arus kemodenan. namun begitu, walaupun kemajuan negara malaysia dah semakin bersaing bersama negara negara membangun yang lain, masih ada segelintir perokok tegar yang suka buat gelas minuman sebagai tempat abu rokok apabila bersendirian didalam bilik. nampak jijik, tetapi hakikat yang sebenar jauh lebih elok dari melakukan zina antara lelaki dan perempuan dan hubungan sejenis dan semuanya selalu terjalin atas tuntutan hawa nafsu kotor. lagi lagi zaman sekarang yang mana kebanyakan anak anak muda sekarang lebih mudah dijajah akal pemikirannya dan semakin seronok hidup mengamalkan tatacara hidup yahudi seperti berjudi dan banyak lagi yang lain lain. sehingga yahudi merasa puas hati jika ada dikalangan selain mereka khususnya orang orang islam tergelincir daripada kebenaran islam, inilah kejayaan yang besar buat mereka kerana agenda utama mereka untuk memesongkan akidah umat islam. dan demikian, kembalilah ke pangkal jalan, lebih tepat dengan hadis nabi iaitu Rasulullah saw pernah bersabda "barangsiapa yang meniru niru sesuatu kaum maka ia termasuk golongan kaum itu".mmm... .tetapi  lain pulak ragam untuk kawan aku yang sorang ni, sebab dia pandai cakap hello dalam bahasa korea iaitu annyong haseyo .walaupun kadang kadang aku meluat kalau dia selalu sebut camtu, tetapi terpaksa la aku terima dengan hati gelap yang terbuka atas kerana beberapa sebab persahabatan yang terjalin sekian lama. OK.. sampai sini untuk kali ini, tulis panjang panjang korang bosan pulak... lai lai lai... ASSALAMUALAIKUM...

"Seseorang Yang Melakukan Kesalahan Dan Tidak Membetulkannya Telah Menambahkan Satu Kesalahan Lagi."

No comments:

Post a Comment